Semasa melayari internet, saya terbaca posting "Saya Melayu Johor, Saya UMNO, Saya OK"... tertarik dengan tulisan tersebut, saya telah berikan komen berikut dari apa yang saya lihat berlaku didalam UMNO. Ini khusus buat puak puak UMNO....
Amtaranya beliau menulis :
"Pecacai ini orang gomen (kerajaan) tapi terdiri daripada mereka yang bukan jiwanya jiwa juang UMNO, tetapi sebaliknya jiwa uang (wang)! Tapi, UMNO juga dipersalah. "
UMNO dipersalahkan kerana yang berjiwa wang tersebut adalah ahli ahli UMNO. Ahli ahli ini membawa nama dan mencerminkan parti. Jika ahli ahli UMNO berperangai seperti itu, makalah yang akan dapat nama adalah UMNO. Jatidiri pemimpin dan ahli UMNO sudah berubah. Masing masin ingin mendapatkan sesuatu menerusi parti, dari habuan pergi KL free ikut rombongan atau makan free semasa aktiviti parti hinggalah ke politik wang apabila pemilihan UMNO. Itu tak masuk lagi mereka yang sertai UMNO kerana inginkan projek dan fulus... mereka mereka yang ikhlas berjuang seperti zaman Tunku Abdul Rahman semakin pupus didalam UMNO. Sesungguhnya ahli ahli UMNO sendiri yang sedang mereputkan UMNO sehingga nama umno semakin busuk. Tun Dr. Mahathir pernah berkata "UMNO is rotten to the core"
No comments:
Post a Comment