Tuesday, March 24, 2009

Unity Government : Najib akan melepas jadi PM?

ini balasan/komen dari saya kepada posting Tulang Besi dari Malaysia Waves berkenaan Unity Government

Apa sebenarnya yang dikata sebagai Unity Government dalam konteks ini? Ianya bukanlah antara PAS dan UMNO/BN... tetapi antara PR dan BN.. dan ini sekaligus, kenyataan TGHH tidak bercanggah dengan apa yang dikatakan oleh TGNA yang mengatakan harus dirujuk kepada keputusan muktamar, iaitu memperkukuhkan PR. Tetapi jika PR sendiri memutuskan untuk menubuhkan kerajaan Unity, maka dengan sendirinya cadangan TGHH memenuhi kemutusan muktamar tersebut.

Selain dari itu, harus dilihat, siapa yang akan memimpin sebagai PM didalam kerajaan Unity tersebut nanti. Jika anda lihat, NR akan mengambil alih jawatan Presiden UMNO dan berharap Pak Lah melepaskan jawatan PM kepadanya pada April nanti. Sedangkan TGHH, TGNA, Anwar dan Lim Kit Siang awal awal lagi mahukan PAk Lah terus menjadi PM. Selain dari itu, Anwar juga telah bertemu dengan Pak Lah di Madrasah Sheikh Mahmud baru baru ini dan dikatakan dari sumber dekat dengan Anwar seperti dilapor oleh Malaysiakini, terdapat pertemuan 4 dan 6 mata diantara mereka. Dan dikatakan juga Pak Lah mengatakan ramai dari MP BN menyokongnya (lebih dari 30) kalau ada undi percaya kepada Pak Lah. Cuba fikirkan apa akan jadi kalau PR mengusulkan Pak Lah terus menjadi PM dan disokong oleh semua MP PR serta lebih dari 30 MP BN? Pak Lah akan terus manjadi PM Unity Government untuk PR+BN pro PAk Lah...

Jika situasi ini berlaku, maka UMNO dengan sendirinya secara rasmi insyaAllah akan terbelah dua.. dan Pihak BN mungkin akan terdiri dari parti parti BN selain UMNO, dimana MP UMNO yang menyokong Pak Lah mungkin berstatus BN atau bebas. Harus diingat, BN boleh terus ujud tanpa UMNO dan UMNO boleh terkeluar dari BN.

Sekaran ini pun pengikut pengikut Pak Lah didalam UMNO telah dan sedang dicantas satu demi satu, dan ini menaikkan kemarahan kem Pak Lah... Mungkin dengan adanya Uniti Government boleh mempercepatkan kematian UMNO itu sendiri atau UMNO menjadi pembangkang sorang sorang... Sekarang ini pun beberapa parti parti komponen BN sudahpun menunjukkan rasa tidak senang hati dengan UMNO, malah ada yang mengugut untuk keluar dari BN seperti Gerakan, PPP dan parti parti di Sabah dan Sarawak.

Saya seperti merasakan sesuatu yang besar bakal berlaku didalam bulan April atau Mei ini...

Sunday, March 15, 2009

PPSMI - Anak Perelih menjawab Tun Mahathir

Menjawab artikel Tun di Blognya.. berikut adalah balasan/jawapan saya mengenai isu PPSMI ini...

Masalah isu yang sebenarnya tentang PPSMI adalah pemahaman pelajar terutama kepada pelajar sekolah rendah untuk faham Sains dan Matematik yang diajar dalam bahasa Inggeris. Sepatutnya mereka diperkuatkan dengan bahasa Inggeris dahulu.

Apabila mereka pandai berbahasa Inggeris, subjek apa pun mereka boleh merujuk kepada bahan rujukan didalam bahasa inggeris... bukan sahaja untuk sains dan matematik... pada peringkat sekolah rendah dan menengah, pelajar diberi pemahaman tentang prinsip asas sains dan matematik dan seharusnya untuk menyenangkan mereka memahami, ianya mesti diajar didalam bahasa ibunda. Apabila mereka ke universiti atau paling awal, menengah tinggi (tingkatan 6, Matrikulasi) Bahasa Inggeris boleh digunakan iaitu apabila mereka ini sudah menguasai asas asas Sains dan matematik serta bahasa Inggeris.

Kalau PPSMI... sains dan matematik pun tak dapat.. Bahasa Inggeris pun cicir, ditambah lagi dengan guru yang mengajar sains/math ni tak fasih bahasa Inggeris... Kita biarkan English diajar oleh guru English yang berkebolehan... not part timers english teachers yang tergagap gagap berbahasa Inggeris... yang dikendong berciciran.. yang dikejar tak dapat jadinya...

akibatnya lebih ramai terutama orang Melayu yang tercicir dalam subjek Sains dan Matematik ini dan ini menjejaskan matlamat meramaikan teknokrat Melayu didalam negara ini... Sebab itu UMNO Johor pun membantah dan pernah 4 kali membawa usul ini ke perhimpunan agong UMNO (menurut Fuad Zarashi lah)... dan "Pelajaran adalah untuk penguasaan ilmu, pelbagai jenis ilmu"

Bila Tun mengemukakan idea ini, beliau berkata inaya untuk 'improvekan' bahasa Inggeris pelajar pelajar kita... mereka susah dapat kerja kerana kurang mahir berbahasa Inggeris dan lain lain lagi... tapi berdasarkan artikel tersebut, beliau mengatakan kerana istilah banyak dalam bahasa inggeris yang asal dari Latin... jadi mana yang betul sebenarnya Tun? kenapa kita tak gunakan terus Bahasa Latin saja,? sumber dalam bahasa jerman pun kita boleh faham kan?... Dan didalam bahasa Inggeris pun , istilah di Britain dan US pun ada perbezaan.... terutamanya dalam kimia. Bagi mereka yang pernah ke US sudah tentu tahu. 1 contoh... lead di US.. tapi plumbum di UK.. (di Malaysia dlm bahasa Melayu, kita guna plumbun). Dari artikel Tun itu, nampaknya beliau kehabisan hujah untuk mewajarkan dasar PPSMI ini. Untuk mahir berbahasa Inggeris adalah bukan menerusi Sains dan Matematik.. tetapi untuk "meningkatkan taraf dan kemajuan bahasa ialah matapelajaran bahasa (Inggeris) itu sendiri dan diperingkat yang lebih tinggi mata pelajaran sastera (Inggeris)".. dan "Sains dan Matematik tidak mungkin menolong kemajuan bahasa, khususnya bahasa" Inggeris.

Pelajaran subjek Bahasa Inggeris harus diperkasakan, jadikan ianya lebih menarik. Semasa saya masih dibangku sekolah menengah dahulu, terdapat beberapa orang guru Bahasa Inggeris dari UK datang mengajar di sekolah saya. Cara mereka mengajar lain dari cara guru Malaysia dimana mereka mengutamakan vocabulary, memahami apa yang dibaca, bercakap dan menulis didalam Bahasa Inggeris.. berbanding guru Malaysia yang mengutamakan grammar dari vocabulary dan kemahiran bercakap dan berfikir dalam bahasa Inggeris... yang akibatnya pelajar bosan belajar Grammar.... Penekanan kepada grammar sangat ini membosankan pelajar.. Grammar bukan tidak penting, tetapi penekanan yang keterlaluan akan membosankan pelajar. Pelajar di US pun bosan dengan grammar... mungkin kita lebih condong kepada British Queen English.. tu yang kita tekan kan Grammar sangat. Saya perhati, kelemahan pelajar melayu pergi interview dalam bahasa Inggeris adalah kerana mereka kalau boleh nakkan bercakap dengan perfect grammar... tergagap gagap mengatur ayat yang perfect grammar... berbanding dengan cina yang pakai hentam dengan grammar yang tunggang langang tapi kedengaran lancar dan boleh difahami... ini pengalaman saya sendiri....

Istilah ni apa salahnya dikekalkan didalam bahasa asalnya seperti mana yang kita lakukan untuk subjek agama Islam.. Banyak istilah Arab yang kita gunakan, sebab istilah ini lebih kepada nama khas sebab ianya adalah nama benda/unsur etc. Pengajaran haruslah didalam bahasa ibunda untuk memudahkan pelajar kita memahami subjek tersebut.

Point nombor 16 tun tentang jumlah PHD dan pakar perubatan... tidakkah Tun Tahu berapa ramai PHD dan pakar perubatan yang dahulunya belajar sains dan Matematik didalam bahasa Melayu dan fasih berbahasa Inggeris sekarang ini? Mengenai orang luar bandar yang sekarang ini boleh berbahasa Inggeris... adakah mereka belajar Bahasa Inggeris menerusi Sains Dan Matematik? Adakah semua pelajar Luar Bandar bermotivasi seperti mereka? Apa yang perlu dilihat adalah secara keseluruhan keadaan pelajar luar bandar kita.. bukan segelintir dari mereka sahaja...

Sebab yang sebenarnya ialah untuk memberikan projek kepada kroni... kerana budget awal dasar ini ialah diperuntukan RM4 billion untuk perlaksanaan 5 tahun pertama.. dimana ianya dibelanja untuk software multimedia PPSMI, komputer/notebook/projektor/trolly bawak dia, latihan guru dlll... dan kontrak ini diguna untuk membeli kesetiaan pemimpin pemimpin dalam UMNO terutamanya sub-contract penyelenggaraan...

bagi pebekalan komputer/projector, Untuk fasa pertama, ianya dibolot oleh kontraktor luar... untuk fasa 2-5 dianya dibolot oleh Time Communication.. dan terdapat banyak isu... sehingga untuk fasa 6 diberi kepada KUB.. menerusi Empirical Syatems... Fasa 7 sedang dalam proses persediaan tander yang belum dikeluarkan lagi. Sub-kontrak penyelenggaraan diberi kepada syarikat syarikat kecil oleh main contractor ini. Sewajarnya hardware ini bukan sahaja diguna untuk PPSMI sahaja.. tetapi untuk semua subjek yang diajar disekolah...

Anak Perleih

Monday, March 9, 2009

PPSMI - Kenapa UMNO begitu menyanginya

Pihak kementerian Pelajaran mengambil begitu banyak masa untuk mengumumkan langkah seterusnya terhadap dasar PPSMI sehingga berlakunya protes pada 7 Mac 2009 dan sehingga Pak Lah meminta Hishamuddin menyegerakannya. Apakah sebab ini berlaku....? adakah kerana pemilihan UMNO dimana Hishamuddin berharap para kontraktor penyelenggaran peralatan PPSMI yang kenanyakannya dimiliki oleh orang UMNO menyokongnya? Adakah beliau takut jika mengumumkan pemasuhan PPSMI, undi beliau didalam pemilihan UMNO akan hanyut kepada orang lain? Nampaknya adakah beliau mahukan undi ini dengan mengumpan kontrak penyelenggaraan dan pembekalan/pemasangan PPSMI kepada para pewakilan? Bayangkan budget sebanyak RM4 billion untuk tempoh 5 tahun... (fasa 1-5) telah digunakan dan dengan tahun 6 dan fasa 7 yang akan masuk ini, budget baru diperuntukan untuk PPSMI.

Oleh itu, mari kita lihat siapa yang mendapt kontrak penyelenggaran/pemasangan/pembekalan ini dimana selain dari kontrak utama, terdapat banyak syarikat yang mendapat sub-kontraknya yang kebanyakannya ada hubung kait dengan UMNO.....


Fasa 3,4 dan 5 PPSMI

Diperolehi oleh TIMESystem Integrators Sdn. Bhd - Anak syarikat Time.com (1-800-13-1331)
http://www.johordt.gov.my/ppdjbahru./v2/paparsegera.php?id=paparsegera&idberita=388
http://www.johordt.gov.my/ppdjbahru/v2/paparsegera.php?id=paparsegera&idberita=672
http://smkdpk.com/forum/index.php?topic=2.0
sub kontrak di Betung sebagai contoh diberi kepada HMN Nadhir Sdn. Bhd (082-648477, 083-437100)
Sabah - http://multicreative.tripod.com/jobs.html
http://smkdpk.com/forum/index.php?PHPSESSID=79c1898ebeddfdb518722a8e10a43740&topic=664.0


Fasa 6 PPSMI

Untuk fasa 6 PPSMI, kontrak membekal peralatan ICT dan network serta khidmat sokongan telah diberikan kepada KUB - Koperasi Usaha Bersatu dimana UMNO mempunyai 30% pegangan saham bernilai lebih RM100 juta melalui anak syarikat yang baru dibeli iaitu Empirical System Sdn. Bhd…


Fasa 7 PPSMI

Untuk fasa 7, tander akan dikeluarkan oleh Kementerian.

Saturday, February 14, 2009

Malaysiakini - Spesies Katak Di Malaysia - Frogs of Malaysia

Setem kenang-kenangan yang dikeluarkan sebagai menghargai jasa besar pelompat-pelompat parti di Perak yang menyebabkan BN/UMNO kembali memerintah negeri Perak ...

Monday, February 9, 2009

Malaysiakini... Kenapa UMNO/BN ni CELAKA sangat???

Kenapa BN/UMNO ni CELAKA sangat????? Kemaruk kuasa gila babi....

Ni petikan berita dari Harakahdaily.net


Diancam keselamatan, diugut & kereta disimbah cat

Izwan Abdul Halim
Tue | Feb 10, 09 | 12:18:16 am MYT

ALOR SETAR, 10 Feb (Hrkh) - Atas faktor rasa tertekan dan diancam keselamatan keluarga menyebabkan Arumugam Vengatarakoo, meletakkan jawatannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau.

Demikian kata Menteri Besar, Dato� Seri Ustaz Azizan Abdul Razak di sidang medianya itu yang diadakan di kediaman rasminya, Sri Mentaloon, di sini semalam.

Turut dihadiri oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Dato' Dr Abdul Isa Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Syed Unan Mashri Syed Abdullah dan Pengerusi Badan Perhubungan KeADILan Kedah, Ahmad Kassim.

"Dukacita saya maklumkan Arumugam juga meletakkan jawatannya sebagai Adun Bukit Selambau berkuatkuasa serta merta dan surat perletakan jawatan itu bertarikh 8 Februari 2009. Dia telah menghantar dua surat, satu kepada Speaker memaklumkan perletakan jawatannya sebagai Adun dan satu kepada saya memaklumkan perletakan jawatannya sebagai Exco dan Adun.

"Sepatutnya surat itu dihantar kepada Tuanku Sultan, tetapi mungkinlah sebab teknikal dia hantar kepada saya dan saya telah menyembahkan surat itu kepada Tuanku Sultan," ujarnya mengumumkan.

Menurut Ustaz Azizan perletakan jawatan Arumugam juga dimaklumkan beliau dengan surat kepada Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan disalinkan kepada beliau. Oleh itu katanya, Speaker akan memaklumkan perkara itu kepada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).

Katanya lagi, memandangkan kuota kerusi tersebut diberikan kepada KeADILan, maka soal calon juga diserahkan kepada KeADILan.

Menjawab pertanyaan media, kata Ustaz Azizan, Arumugam dalam suratnya menjelaskan bahawa beliau menghadapi ugutan daripada pihak Barisan Nasional dan menawar kepadanya jutaan ringgit untuk melompat kepada BN.

"Dia dan keluarganya tidak tahan lagi, rasa tertekan dengan pelbagai ugutan, jadi atas dasar itu demi keselamatan diri dan anggota keluarga dia, maka dia rasa elok dia menarik diri dari politik dengan menjadi wakil rakyat.

"Dia juga diugut pada beberapa kali terutama di peringkat akhir keretanya (disimbah) dicat dan pelbagai lagi. Maka sebab itu dia tak sanggup lagi jadi dia letak jawatanlah," ujarnya yang turut memaklumkan surat itu diperolehinya jam 5 petang tadi.

Jelas beliau, surat itu bercop suruhanjaya sumpah dan akan diserahkan beliau kepada Speaker. Mengulas pertanyaan media juga beliau menganggap perkara itu lumrah dalam politik. Ditanya tindakan pihak polis terhadap aduan yang pernah dibuat, katanya perkara itu perlu dirujuk kepada pihak polis.

Diminta mengulas mengenai Arumugam, beliau menyifatkan Arumugam seorang yang telah menjalankan tugas dengan baik. Ustaz Azizan juga menjelaskan bahawa ugutan yang diterima Arumugam telah berlaku sejak beliau memenangi kerusi Dun Bukit Selambau dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.

"Paling terakhir dia ditawarkan RM5 juta. Saya menghargai sikap beliau yang menolak tawaran sebanyak RM5 juta itu. Tapi kerana tekanan emosi, tekanan kepada keluarga, maka tidak ada jalan lain," terangnya yang turut membacakan penjelasan bertulis Arumugam.

Sementara itu, Ahmad Kassim pada sidang media itu berkata, KeADILan Kedah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya kecil yang bakal berlaku.

Katanya, jentera gabungan parti-parti Pakatan Rakyat akan membantu manakala mesyuarat pra-pilihanraya akan diadakan di Parlimen Merbok. Maklumnya juga pimpinan KeADILan Pusat juga akan turun ke Kedah dalam beberapa hari lagi dan calon akan diputuskan oleh pimpinan pusat melalui cadangan KeADILan Kedah.

Menurut Ahmad, Arumugam juga memaklumkan kepadanya bahawa beliau kini selamat dan keputusan itu turut dimaklumi kepada pimpinan KeADILan Pusat.- azm _

Thursday, February 5, 2009

Anwar sept 16 claim was to save Perak...

Some compared this BN coup with Anwar... but...

Anwar Sept 16 claim was a bluff to save Perak PR government... The best defense is to attack... If there was no Sept 16 claim, Perak should fell earlier... maybe by August 31 as claimed by tajol Rosli... Why I called it as a bluff??? because to get 30 people is a huge tasks.... That's 21% of BN MPs... Impossible la... He did so just to make BN busy with MP and left Perak alone as Perak has the slimmest majority of all state government... BN only need to get 3 people to hop... so which is more easier.. 3 Adun or 30 MPs???

We all got brains.. so use it la...

analisis berita Malaysiakini... Ikut saja keputusan Sultan.. tapi kacau kerajaan BN nanti

UMNO mahukan darurat... itu yg dilihat dari cara mereka... seperti yang tersiar didalam newsflash hari ini... mereka mahukan haru hara berlaku, sebab itu mereka tidak mahu diadakan pilihanraya DUN Perak.... Apabila haru hara berlaku, PR akan disalahkan terutamanya dengan adanya media arus perdana yang dimiliki UMNO... Imej PR akan menjadi buruk... terutama untuk PRU13 nanti

Cadangan saya.. ikut saja arahan sultan.. Adakan solat hajat dan Munajat kepada Allah... minta pertolongan Allah... Selepas ini, kacau pentadbiran mereka seperti mana mereka kacau pentadbiran PR... kerana mereka ada kerusi sama banyak dengan PR.. kacau bebas 3 ekor tu.... supaya tidak senang duduk dalam DUN... Ingat mereka ada kes rasuah untuk dibicarakan lepas ini... Jika didapati tidak bersalah... itu menunjukkan mereka telah menerima habuan mereka... biar 6 bulan lagi ada tukar kerajaan lak....... biar Sultan berfikir untuk bubar DUN... Kes 3 ekor tu bawa ke mahkamah... jika berpihak kepada PR.. ada pilihanraya kecil dan PR akan menang dan kembali berkuasa di Perak... Ini saja cara untuk tunjukkan kepada Suktan bahawa keputusan baginda adalah salah....

Selain dari itu, ini juga membuka peluang untuk PR merampas MAlaysia melalui lompat parti kerana sudah terbukti ianya adalah sah seperti ditunjukkan UMNO.... UMNO tidak boleh komplen kerana mereka telah mulakan di Perak dahulu.... Dahulu Anwar cuma cakap sahaja tentang lompat parti sebagai defensive strategy dengan menyerang kubu BN supaya BN sibok dan tidak menggangu PR di Perak... Masa masih panjang.... PR masih ada 28 kerusi lagi yang bila bila boleh menggugat BN Perak....


BTW... mari kita nyanyikan lagu....
"UMNO terus celaka... tipu rakyat malaysia" (nyanyikan macam irama lagu UMNO tu)

Friday, January 2, 2009

Lets ambush Hamid Albar and Lokman Noor Adam on ISA issues - Malaysiakini

For the last few days, there was a banner at Section 9 Shah Alam promoting a talk on "Masih Relevankah ISA" by Hamid Albar and Lokman Noor Adam. This talk was organized by KDN and www.sa-free.org - an UMNO linked website. And after Friday prayer just now, there was some fliers at the Masjid Negeri Shah Alam promoting the event. So maybe this is a good oppurtunity for all anti -ISA to ambush Hamid Albar and Lokman Noor Adam on the ISA issues... at their own turf.... prepare your 'KILLER' questions....!!!

This is the details of the event I copied from the website... :

Anjuran: Shah Alam Free Speech
bersama Kementerian Dalam Negeri

Tarikh: 4 Januari 2009

Hari: Ahad

Masa: 8 - 12 malam

Tempat: Dewan Jenjarum, Seksyen 11 Shah Alam

Ahli Panel: YB Dato' Seri Syed Hamid Albar
Saudara Lokman Adam (Bekas Tahanan ISA)

Friday, December 26, 2008

Why should non Muslims afraid of Hudud?

Satria Asia made a comment in Pemuda Besut's blog that non Muslim are afraid of hudud because of "the cutting of hands, beheading, stoning to death doesn't seem to have a place in the psyche of human beings in the 21st century"...

Well,
what about the hanging in the civil law.... and some civil laws in some country has "shooting to death" sentences like in Indonesia or China or some other countries... even in US, many states still has death penalty till now... If we talk about human rights and against the death penalty... then a murderer is likely not to be hanged under hudud/qisas than the civil law because of the strict requirements for prove (in form of wintess) as well as if the victim family agreed to pardon the murderer (then some cases will falls under takzir - the murderer will spend his time in jails only). And the most important part is, Hudud is a an avoidance law compared to civil law which is a punishment law... that's the reason why Hudud has "cutting of hands, beheading, stoning to death"... it will makes people afraid to do the offense/crime...

I believe it's just a BN propaganda with the reference to Afghanistan during Taliban rules (with the help of US propaganda machine to legalised their invasion on Afghanistan) to make non muslims afraid to PAS andthus, non muslims to fell into this BN trap... My advise is.. understand/study the hudud law first before against it...

Monday, November 24, 2008

Fatwa on Yoga, Non Muslims blogger + Malaysiakini readers comments and Muslims feeling

After Majlis Fatwa issued the Tomboy Fatwa, a few non Muslims and Islam Liberal NGO and individuals made comments which many Muslims feel hurt hearing about. I made a post on the matter and made a test of what if, we Muslims made a similar comments on non Muslims by using back their words.. and as a result,they failed miserably.. I was called names , even being called a 'bastard' and 'idiot'... well.. that's explain a lot.. In their comments, their angry is with UMNO.. but they attack like all muslims/Malays are UMNO people... which is very wrong... I'm no UMNO guy... we Muslims too feel the same on those insulting comments made by these 'IDIOTS" too....

Some confused on the word 'HARAM' here... most non muslims who criticized the fatwa in their blogs or at Malaysiakini did translate it as 'BAN'.. which is not true... Haram means many things in Islam... and Haram in this case is more towards 'forbidden" or 'not allowed'.. They should check their fact first before making criticism

The real reason is... most of them did not know what is a fatwa before making comments criticizing the Majlis Fatwa... One blogger did copy and paste the definition of Fatwa... but he failed to understand what he copy and past is all about and continue to attack the fatwa... If he understand of what he copy and paste, he will not attack the fatwa on Yoga...

Another blogger did ask if there will be a fatwa on tosai... which i think is very idiotic thinking... and in the post, one reader (tzul) did point out some rational explanation to him...

Some Malaysiakini readers too wrote some idiotic comments on the fatwa rulings which can be categorized as 'stupid comments" such as fatwa on Karate etc... which most of ot comes from their lack of knowledge on Islam and what is a fatwa....

The point is, they did not look at the statement of the Majlis Fatwa... The "senaman' itself is not haram... Majlis Fatwa just mentioned that it is not recommended.... the one that is haram is where there involves rituals and 'mantra' in it... As Islamic faith is based on Akidah... if the akidah is corrupt, then goes the faith and the shahadah... this is the reason... not that because it belongs to any particular race or religion... if a silat has some 'mentera' or jampi which is considered 'syirik'.. than it is also haram.... many silat already in this situation before such as "silat Pesaka Tujuh Negeri Perlis"... and Silat Gayong Makrifat... It's simple... everything is on akidah.... on Makyong... Kelantan already ban it.. only UMNO people are championing it now...

In this case, if a thing is haram, we must say it is haram... we cannot say a haram thing as makroh or halal... Maybe in some instance, Islam Hadhari did that... making something which is haram as halal and vice versa....

Many did question about fatwa on corruption and detention without trials... If you understand what is a fatwa, then you will not make such question... It is because, a fatwa is issued on something that is not clear on its status... such as Amanah Saham Bumputra, Yoga, Tomboy.. putting flowers at Tugu etc.. and it is issued only when there is a question arise... read more at wikipedia to understand it... and these fatwa is not legally binding... People are still smoking cigarette even when there is already a fatwa saying that smoking cigarette is haram... and Abdullah Badawi is still putting flower at Tugu Negara eventhough Majlis Fatwa said it is Haram... Only DYMM Agong (Raja Perlis as Ex Agong and Sultan Terengganu as current Agong) did not do this ritual as they know the hukum... but nobody are arresting Abdullah Badawi, cigarette smokers for violating the fatwa....

In the case of corruption and detention without trials.... it is very clear in Islam... that Corruptions is Haram as the money and property gained is not according to halal guideline.. and so does detention without trials as it is an act of cruelty (zalim)... Something that is clear of its status does not need a fatwa...

Sister in Islam is one of the champion on these issues.. which I believe their motives is to attack anything that the Majlis Fatwa issued which they deems not according to their Islam Liberal belief... Their reasoning is according to their thinking.. not according to Al Quran and Hadith.... BTW.. where are they on the struggle to fight commercials exploitation of women especially on advert??? We would like to see more of it from SiS.....

These kind of comments attacking the Fatwa only serve UMNO and BN more.. as UMNO and BN will incites the Muslims sentiments by linking these people to Pakatan Rakyat... but in reality.. these people links more towards UMNO and BN... SiS for example is more towards UMNO.. as the daughter of all 4 previous PM is their patrons and Zainah Anwar... one of the big shot in SiS is a family friend of Abdullah Badawi through Handon and Nori... many non Muslim bloggers who made comments are not even a party member of Pakatan Rakyat parties... they just gives their supports to PR... (I'm not saying all... as some did joined PR parties)

Wednesday, November 12, 2008

Tomboy fatwa and comment by Non Muslims at malaysiakini blog rolls... my answer

After Majlis Fatwa made a ruling on Tomboy, there was a few groups and people protesting about it including many of the Non Muslims NGO who made comments which as a muslim, I felt insulted... They made comments without understanding what is a FATWA... which really made themselves look like FOOLS...
Amongthose who made comments are..:
Jueheng - Tom-boy-ism : My Body, My Choice, Fatwa Ruling (Decree) contravenes UN Convention
Ivy Josiah,Tomboy-ism: My body, my choice - Katagender, Food Not Bombs as well as the following 19 individuals: Cheneille Neo Ming Yi, Dahlia Martin, Eugene Ch'ng, Lainie Yeoh, Lee Wei San, Lee Jia Hui, Leow Mei Chern, Mohd Rizman, Nurul Amani Faizal Poodien, Puan llli Farhana, Puan Azreen Madzlan, Shikeen Arif, Thilaga Sulathireh, Wan Azhar Bin Wan Ahmad Wong Chai Yi, Yusmar Mohd Yusof and Zedeck Siew.
Fatwa ruling contravenes UN convention - Angela Kuga Thas, Julian Lee from Women’s Candidacy Initiative,
Azrul Mohd Khalib , SANGKAKALA, Sister in Islam etc...

So.. here's my reply.... :


First of all... do you know what is fatwa????? If you don't know... please don't make any comment which is insulting Islam...

For your info.. FATWA is guidelines agreed by the Ulama... without having enforcement power to follow.. no arrest for those who don't follow... so it's up to MUSLIMS to decide to follow of not... If you don't follow.. it's between you and the god... but FATWA will be useful for MUSLIMS who want to follow religious teaching to be as a GUIDELINE..

The best case is.. Majlis FATWA had made a ruling that puting flowers at Tugu Negara is HARAM... but That Dollah Badawi went there every years to do so as he is a Islam Hadhari... Islam Ikut Hari... But DYMM Agong did not do that (Raja Perlis and current Agong) as they follow the fatwa that it is haram.. it's haram because it is a Syirik thing... so Dolah badawi will answer it with Allah... but he's not arrested for putting flower at Tugu negara...

So does the Amanah Saham Bumiputra.... as 25% of its NAV is invested in Maybank - a conventional bank involve in Interest/Riba which is haram in Islam... but many thousands of Muslims still invested in it and they are not arrested for it.. those who want to follow... will take their money elswhere like Prudential Unit Trust Islamic Funds which follows the Islamic financial guidelines....

To make it simple.. Hindu religion says that Hindu cannot eat beef.. so does this ruling too contravenes the UN convention too???
"cannot eat beef" for Hindu is a guideline for Hindus to follow... and not enforced on them...

veggies cannot eat meat... so does this also contravene the UN convention too??? were they arrested if they eat meat???

So... now you had made yourself look like a fool to comment about that Tomboy FATWA without having to know what is a FATWA????? hahahahha shame on you....

Friday, October 31, 2008

Who's instruction to kill Altantuya???

The shocking but expected news today after I check the news at Malaysiakini is... Abdul Razak Baginda acquitted

So the 'Scopene' question is... "then, Who instruct Altantuya to be killed and blown by the C4??? Do Najib and Rosmah Mansor really did make the instruction as alleged by RPK??? and if both of then really has no part in the murder... does this means the UMNO Chief Justice who "married in a kedai Kain in Kangar with Tan Sri Yahya's daughter and later devorced her 3 months later" really doing his part to clear UMNO and its leaders???

well... it suites when the government named our 2nd scopene submarine as "KD RAZAK"

SHIT!!! UMNO SUCKS!!!!

Tuesday, October 14, 2008

Balasan kepada Tulang Besi (malaysiawaves)

Berikut adalah balasan saya kepada komen Tulang Besi dari artikel yang ditulis oleh Songkok Putih yang bertajuk "Tranung Kite fraksi UMNO, Tulang Besi fraksi siapa? - Siri 4"

"tulangbesi"
Ramziredang, bantai, anak_perlih, ulitmayang dan rakan rakan sewaktu dengannya,

Cuba korang jawab artikel ini dulu sebelum korang terus menerus mengomel mcm nenek tua.

Boleh tak korang berenti mengarut dan mengomel benda yang takda asas?

CUba bawak fakta dan hujjah yang nyata dan jelas.

Misalnya, kalau korang nak pertahan sangat Songkok Putih, cuba bagitau kenapa Songkok Putih boleh mungkir janji dan menipu kerana sebelum ini dia kata dia takkan siarkan email pribadi, tapi lepas tu dia siar juga?

Aku minta semua yang aku namakan diatas ni jawab soalan ni sebelum korang terus menerus mengomel mcm nenek tua.
"/tulangbesi"

apa pasai kami kena jawab sangat dah soalan kebudak budakan hang tu??? memaksa orang menjawab soalan tu macam budak budak.. ni ikut perangai khawarij... mengomel benda yang tak ada asas hang kata.??? asas kami mengomel adalah artikel hang sendiri.. sebelum ni kami dah baca artikel hang tu... dan hang dok ulang ulang benda yg sama.. kami dah muak dengan perangai hang.. sebab tu kami mengomel?? Sebenarnya aku ni lebih banyak baca/masuk blog hang dari TKO ni (masuk dari malaysiakini) dalam 1-2 bulan kebelakangan ni.. bila hang serang TKO.. baru aku start balik masuk TKO (selain kelapangan masa sempena raya.. tak masuk TKO sebab tak ada masa.. banyak kerja).. blog anti husam pun aku baru 2 kali masuk.. sekali thru malaysiakini.. sekali bila hang or SP mention satu artikel di situ... masa hang mula mula dok canang pasai fraksi UMNO ni... aku ada tanya hang ada bukti ka? dan jawapan yang tak meyakinkan aku.. sebab hang kata ada bukti.. tapi tak tunjuk... so aku terus dok baca blog hang kalau is tersenarai di malaysiakini... tu yg aku meluat tengok cara hang utarakan isu ni...

dalam dunia ni bukan hanya ada warna hitam dan putih saja.. warna kelabu lagi banyak.. ni hal hal subjektif.. bukan ibjektif... hang ni ikut Presiden Bush durjana tu.." if you're not with us, you're against us"... hang ni belajak dengan Bush ka? kata ahli PAS sejak dilahirkan.. mana tarbiah yang hang terima sebagai ahli PAS..??? mana akhlak sebagai ahli PAS.. ni hang kutuk/tuduh pemimpoin PAS macam orang UMNO dok buat kat pemimpin UMNO.. ni budaya UMNO ni yang hang dok praktik...

kami berpendapat hal ini bila menyentuh majlis syura.. biarkan majlis syura selesaikan.. mereka bukan tunggul kayu sampai kita nak berkempen... TGHH dan TGNA dah boleh handla isu ni.. kalau hang ada maklumat.. sampaikan kepada pemimpin yg hang percaya utk dibawa ke majlis syura atau Jawatankuasa pusat PAS.. atau ke muktamar... biar parti yang selesaikan.. bukan "cleaning dirty linen in the public" seperti yang hang dok buat la ni.... kerja hang ni hanya bagi peluru kepada golongan anti PAS/Islam untuk mengeji PAS/TGHH saja.. cuba baca komen di blog yg kutip artikle hang tu....

so kami bukan pertahan sangat SP tu sebab dia boleh pertahan diri dia sendiri... BTW.. tak silap aku TKO pernah siar artikel hang ni pasai fraksi fraksi ni.. tapi ditegur ramai pengunjung... kerana boleh memecahbelah parti.. jadi tuduhan TKO sebagai fraksi UMNO aku rasa tak timbul.. ni kira fitnah hang ni...

BTW.. cuba hang jawab soalan yg hang tak jawab lagi...
adakah hang ni Abdul Rahman Talib.. ex student IU9 kat PPP/ITM ke??? sebab nama hang ni 'ringing some bell in my head la".... tak perlu beri jawapan yg objektif seperti hang dok mintak orang jawab soialan 'witch hunter" hang tu????

Thursday, August 28, 2008

Email menghasut orang Melayu

Sejak akhir akhir ini saya menerima beberapa email dari orang yang tidak dikenali yang boleh dianggap menghasut orang melayu agar tidak menyokong PR terutamanya PKR... email ini dihantar secara mass email dimana penerimanya adalah terlalu banyak (spam). Salah satunya adalah dari seorang yang bergelar Rizal KL (asklinux3d@gmail.com)

berikut adalah isikandungan email tersebut (berhuruf besar) yang disertakan dengan jawapan saya (tidak berhuruf besar)

rizal KL wrote:

SIFIR LAMA

KALAU KEADILAN MEMERINTAH :-

1) HAPUSKAN KETUANAN MELAYU, GANTI KETUANAN RAKYAT MACAM DI PENANG DAN SELANGOR.

Tanah rezab melayu dah tergadai atas nama 'pembangunan' kononnya dibawah pemerintahan UMNO...

2) TIAP-TIAP ADA MASJID , MESTI ADA TOKONG DAN KUIL.

Masjid dan surau jadi lebih aktif selepas PR pegang Selangor.. tiap tiap malam ada kuliah... masa bawah UMNO dulu.. surau dikunci

3) NAIKKAN BIASISWA ORANG BUKAN MELAYU 10% KE 45%.

Ni kan UMNO yang umumkan... ini rancangan UMNO, bukan PR yang umumkan.... ianya dilaksanakan utk kemasukan tahun ini....

4) BUKA UiTM KEPADA BUKAN MELAYU.

Sudah dilaksanakan sejak Dr. Mahathir masih jadi PM lagi... warga asing pun dah banyak sekarang ini di UiTM... tak percaya ...??? sila ke UiTM section 18 dan 17 shah alam (bekas PPP/ITM) yang sekarang ini namanya INTEC... sila tengok berapa ramai india dan cina disana jadi student ITM dan di UiTM induk pula sila lihat berapa ramai penuntut asing belajar di sana....

5) TAHANAN HINDRAF AKAN DIBEBASKAN

Semua tahanan ISA akan dibebaskan... ISA Kamuntiung adalah seperti Guantanamo Bay yang US punya... kalau mereka bersalah... dakwa mereka di mahkamah.. bukan tahan tanpa bicara.. itu satu kezaliman...
<>
SIFER 1 + 2 + 3 + 4 + 5 = ORANG MELAYU ISLAM AKAN MASUK HUTAN.
Kena harus masuk hutan??? apa punya logik ni ha????

APA LAGI ORANG MELAYU NAK BAGI, DULU TARAF WARGANEGARA, LEPAS TU SINGAPURA, PULAU BATU PUTIH , KUASA EKONOMI, KUASA POLITIK , PULAU PINANG, SELANGOR.

Siapa yang bagi taraf warganegara mas anak tuntut merdeka dulu???? UMNO jugak kan????? semata mata nak ikut cakap British yang malas nak hantar mereka ni balik India/China.... yang kononnya nak merdeka cepat sangat.... siapa punya khianat ni????
Puloau Batu Putih... lepas ke Singapore siapa punya kerja??? masa UMNO perintah kan??? yang pi The Heague p[un Syed Hamid Albar.. pemimpin UMNO jugak tu... siapa yang lepaskan Singapore dari Malaysia.. Tengku Abdul Rahman aka Presiden UMNO masa tu jugak....
Kuasa ekonomi... selama ni siapa perintah malaysia??? UMNO/BN jugak kan.. itu namanya UMNO gagal kembangkan ekonomi orang Melayu keseluruhannya.. hanya kayakan segelintir kroni UMNO sahaja....
Selama ni siapa perintah Pulau Pinang??? Selangor yang banyak tanah terlepas ketangan orang bukan Melayu???? UMNO /BN jugak lagi...... itupun nak disalahkan PAS/PKR???????
<>
KESUDAHANNYA, ORANG MELAYU JADI MACAM PAKISTAN.. SUNNAH BUNUH SYIAH.
Macam Pakistan... UMNO ni macam parti Musharraf.... or Thailand... UMNO ni macam parti Thaksin....




Malah ada satu email yang kononnya diforwardkan oleh Amin Iskandar (blackamin25@gmail.com - adakah ini email sebenar Anmin Iskandar @ black - kolumnis malaysiakini?) yang dihantar oleh Ahmad Yazid Bin Md Lani (ahmadyazid@mois.gov.my) dari Kementerian Dalam Negeri yang dihantar secara mass email (spam) yang mendakwa Anwar mendapat sokongan gereja di Sabah untuk pilihanraya kecil pematang Pauh. ia juga mendakwa Anwar agen Amerika semata mata kerana Anwar pernah bekerja di sana selepas dibebaskan dahulu. berikut adalah kandungan email fitnah tersebut...: (diharap Amin Iskandar dapat menerangkan pekara yang sebenarnya)

Surat (gambar) di atas dikirim kepada Anwar Ibrahim oleh Pastor Silvester Khemo Andaman, Presiden Pertubuhan Gereja Seluruh Sabah untuk menandakan sokongan tidak berbelah bahagi mereka kepada Anwar Ibrahim di Permatang Pauh.

Paling menyentuh perasaan bila ditulis dinyatakan bahawa "Datuk Seri juga amat dedikasi apabila menyokong penggunaan kalimah Allah dalam semua agama di Malaysia. Sesungguhnya Tuhan Yesus merahmati Datuk Seri dan keluarga".

Bagaimana seorang bekas pemimpin ABIM dan PKPIM mendapat support dari gereja? Mungkin sokongan ini datang bila Anwar mula menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri 1 dan Timbalan Perdana Menteri 2 kepada bangsa lain.

Lihatlah sendiri berapa banyak ANWAR IBRAHIM pernah berkhimat di luar negara.. Tak mustahil jika dia menjadi agen perisik AMERIKA SYARIKAT sehingga sekarang ini.

Berikut adalah 8 jawatan Anwar Ibrahim di luar negara.

1.Pensyarah John Hopkins University
2.Pensyarah di Georgetown University
3.Pensyarah St Antony College, Oxford
4.Presiden Accountability di Brussels, Belgium
5.Penasihat Kewangan Bank Dunia
6.Executive Committee, International Crisis Group (ICG)
7. Pengerusi Yayasan Masa Hadapan Timur Tengah & Afrika.
8. Pengasas IIT (International Islamic of Thought)

Untuk jawatan 1,2 dan 3, Anwar mendapat jawatan tersebut setelah berulang kali pergi ke Washington DC bertemu dengan Paul Wolfowitz (Bekas Presiden Bank Dunia), termasuklah bertemu dalam Pentagon pada penghujung tahun 2004 dan awal tahun 2005.

Untuk jawatan ke-4, Simon Zadek selaku CEO mendapat bayaran sejumlah 70,000 pound sebulan, bayangkan berapakah gaji untuk seorang President pula?.

Wednesday, August 20, 2008

disebalik isu UiTM/ITM - mainan si 'Hero Tamil'

Sebenarnya, dalam isu ITM/UiTM ni Ibrahim Abu Shah, si "hero Tamil"
(kerana misainya macam hero filem tamil) nak menonjolkan dirinya
dipesada UMNO, mana tau ada yang calonkan namanya jadi ketua bahagian
di Melaka... masa election 2004 dan 2008 dulu ada ura ura namanya nak
naik cadi calon Ketua Menteri Melaka... tapi tak dapat...

Masa Tun resign dulu, nak bodek punya hal, dia nak tubuhkan 'institut
pemikiran mahathir' dan subjek 'pemikiran mahathir' di UiTM... tapi
bila Tun mula kritik Pak Lah, dia terbotoi besaq dan institut serta
subjek 'pemikiran Mahathir' berkubur tanpa nesan. Selain dari itu dia
juga panas bontot bila Pak Lah naik jadi PM kerana didahinya ada cop
'orang mahathir' dan beberapa puak di UiTM yang pro Pak Lah sudah
melobi untuk singkirkan dia dan batalkan kampus UiTM Puncak Alam (yang
hero tamil ni ada kepentingan) dan mencari tapak baru di kawasan lain
... tapi mereka berhenti atas faktor yang tidak diketahui.

Dalam isu 10% ni, sebenarnya berasal dari soalan pemberita kepada
salah satu exco Selangor (exco wanita di satu majlis ibu tunggal)..
dan pemberita meminta pendapat MB... tiba tiba ianya dimainkan oleh
media. Nampak sangat ianya dirancang oleh Hero Tamil, UMNO dan media
untuk memberi imej buruk kepada PR dan kerajaan Selangor.

Budak UiTM ni senbenarnya diwajibkan pergi demonstrasi, kalau tak
macam mana mereka boleh tuang kelas dan transport disediakan ke
dataran Shah Alam. Kalau tak, mesti tak dapat sambutan.

BTW... sekarang pun sudah ramai non bumi di UiTM... warga asing pun
ramai.. di company saya ni hari tu ada 2 orang .. sorang dari Yaman
dan sorang dari Iran.. India dan Cina berlambak di INTEC UiTM
seksyen 17... kalau tak percaya.. pi la kat bus stop dekat yang
dulunya PPP/ITM seksyen 17... so nampak sangat ianya agenda politik
UMNO untuk memainkan isu ini terutamanya untuk pengundi Melayu di
Permatang Pauh... dan untuk memainkan sentimen orang melayu amnya
untuk membenci Pakatan Rakyat.

linkwithin.com

Dalam isu Khutbah Jumaat di Pulau Pinang dan Non-Muslim masuk kedalam Masjid, ianya menyerlahkan akan KEJAHILAN pemimpin UMNO tentang hukum hakam Islam... Other Related Posts

..